Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ti.ba] | تيبا

Definisi : 1. sampai (di), datang: apabila kereta api ~ di stesen itu ramai penumpang yg turun; mereka sedia menerima sebarang bahaya yg akan ~; 2. sudah sampai (waktu dll), sudah mulai: setelah ~lah masanya; kalau ~ musim lada itu bukan buatan ramainya orang berjual beli; setiba sebaik-baik tiba, sesampai, seketika selepas tiba: ~nya di Pulau Pinang beliau telah melakukan upacara pembukaan bangun­an UMNO; ketibaan perihal tiba (sampai), kesampaian, kedatangan: ~ Nabi di Madinah disambut dgn sangat meriahnya. tiba-tiba dgn tidak disangka-sangka, dgn men-dadak, sekonyong-konyong: sebuah kereta berhenti dgn ~ di hadapan mereka; hujan turun dgn ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.ba] | تيبا

Definisi : 1 sampai di sesuatu tempat: Rombongan itu ~ di Bandung pd pukul tiga petang. 2 sudah sampai musimnya, waktunya dll: Musim kemarau sudah ~. ketibaan hal sampai atau hal tiba di: ~ baginda disambut dgn penuh istiadat. setiba sebaik-baik tiba di; seketika selepas tiba; sesampai: ~nya di hotel, dia pun menelefon abangnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ti.ba] | تيبا

Definisi : ; tiba-tiba dgn tidak disangka-sangka; sekonyong-konyong: Ia melo­long dgn ~ spt orang ketakutan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tiba (kata kerja)
Bersinonim dengan sampai, datang, mari, muncul, timbul, terpacul, terjengul;,
Kata Terbitan : setibanya, ketibaan,

Puisi
 

Orang pulang ke negeri China,
     Tiba di luar air ditimba;
Dagang di rantau terbaring merana,
     Menunggu maut menjemput tiba.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Malang tak berbau.

Bermaksud :

Kecelakaan yang terjadi dengan tiba-tiba.

 

Lihat selanjutnya...(28)

202

Every flow must have its ebb

Kesenangan atau kemewahan yang dirasai lazimnya tidak kekal lama. Esok lusa pasti datang kesusahan.

Ada pasang berturun naik

He came into fortune but he forgot easily. I'd helped him a lot but he treated me like a dog. I told myself, every flow must have its ebb. One day, he would realize that nothing lasts forever.

Dia tiba-tiba meraih kekayaan tetapi dia mudah lupa. Aku telah banyak membantunya tetapi dia melayani aku seperti anjing. Aku berkata pada diriku, ada pasang berturun naik. Satu hari nanti, dia akan sedar bahawa semuanya ini tidak kekal.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(20)

Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
lo[l)]kata adjektif1. berkenaan sesuatu yang muncul secara tiba-tiba.Tengoh-tengoh dok caro ko diyo, lo diyo sapa.[t«.Nh.t«.Nh do/ tS:A.č k di.j l) di.j sA.pA]Semasa bercerita tentang dia, tiba-tiba dia muncul.
tembok[t:«m.b/]kata kerjaberjumpa (secara tiba-tiba), bertembung, bertemu, terjerempak.Maso dok dale ute takdi, mung tok tembok denge rima ko?[mA.s do/ dA.lE u.tE tA/.di muN t/ t«m.b/ d«.NE Äi.mA k]Semasa berada di dalam hutan tadi, kamu tak bertembung dengan harimaukah?
ra I[ÄA)]kata kerjamenyirap darah dengan tiba-tiba (kerana marah, geram dan lain-lain).Ambo ra nok maroh, maso diyo kato gitu takdi.[Am.b ÄA) n/ mA.čh mA.s di.j kA.t g:i.tu tA/.di]Saya menyirap darah kerana nak marah, semasa dia kata begitu tadi.
nyetok[ø:E.t/]kata namasejenis penyakit yang datang dengan tiba-tiba menyebabkan anggota menjadi kaku, kejang dan lain-lain.Mok Teh tok leh nok wak gapo ari ni, pasa nyetok orak pagi takdi.[m/ teh t/ leh n/ wA/ g:A.p A.Äi ni pA.sA ø:E.t/ .ÄA/ pA.gi ttA/.di]Mak Teh tak dapat melakukan sesuatu hari ni, kerana tersalah urat pagi tadi.
nyengak[ø:«.NA/]kata adjektifkeinginan yang amat sangat kepada sesuatu secara tiba-tiba.Guwano Pok Me nyengak nok gi Mekoh tahong ni.[gu.wA.n p/ mE ø:«.NA/ n/ gi m:«.kh tA.hoN ni]Kenapa Pak Man ingin sangat pergi Mekah tahun ni.
cokek[tS.kE)/]kata kerjamenusuk dengan jari pada bahagian badan (pinggang) yang membuatkan seseorang itu ketawa atau melatah secara tiba-tiba.Diyo suko bena cokek ambo, sebak nok tengok ambo latoh.[di.j su.k b«.nA tS.kE)/ Am.b s«.bA/ n/ t«.N/ Am.b lA.th]Dia suka sangat menusuk pinggang saya, sebab nak tengok saya melatah.
ga[g:A:]kata kerjamenerkam.Kaba-kaba rima tu ga alah ko diyo.[kA.bA.kA.bA Äi.mA tu g:A: A.lAh k di.j]Tiba-tiba harimau tu menerkam ke arahnya.

Kembali ke atas