[tu.li] | تولي
Definisi : tidak dapat mendengar (kerana rosak alat pendengaran), pekak; ~ sebelah tidak dapat mendengar dgn sebelah telinga; buta ~ tidak mempedulikan sesuatu apa; menulikan = ~ telinga 1. menyebabkan jadi tuli (kerana terlalu kuat bunyinya dll), memekakkan: teriakan penjaja itu ~ telinga; 2. membuat tuli (dgn sengaja), berpura-pura tuli (kerana tidak mahu mendengar dll); ketulian perihal tuli, kepekakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[tu.li] | تولي
Definisi : tidak dpt mendengar kerana alat pendengarannya rosak; pekak: buta ~ tidak mengendahkan sesuatu apa pun. menulikan menyebabkan menjadi tuli (kerana terlalu kuat bunyinya); memekakkan: ~ telinga berpura-pura tidak mendengar; membuat tuli. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)