[tu.pai] | توڤاي
Definisi : sj binatang yg mengerip (mengunggis), bajing; jenis-jenisnya: ~ akar sj tupai, Tupaia ferruginea; ~ belang = ~ galang perahu, Lariscus spp.; ~ biji nangka = ~ naning sj tupai, Rhinosciurus laticaudatus; ~ gading sj tupai, Callosciurus prevostii; ~ kampung = ~ kelapa = ~ merah = ~ nyiur sj tupai, Callos-ciurus notatus; ~ kerawak hitam = ~ janjang = ~ nandung sj tupai, Ratufa bicolor; ~ kericik = ~ lengkuas sj tupai, Nannosciurus exilis; ~ tanah belang pendek sj tupai, Tupaia tana; ~ tanah belang panjang sj tupai, Tupaia dorsalis; bagai ~ bergelut prb rupa kehebatan langkah seorang pendekar tatkala menarikkan pedang; sepandai-pandai ~ melompat, sekali akan gawal juga prb sepandai-pandai orang, sekali akan salah juga perbuatannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[tu.pai] | توڤاي
Definisi : ; ekor ~ sj tumbuhan (herba), Justicia betonica; sarang ~ sj tumbuhan (rumpai), rumput tapak burung (itik), rumput keremit, Aneilema nudiflorum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[tu.pai] | توڤاي
Definisi : beberapa jenis binatang pengerip atau pengunggis yg pandai melompat, Tupaia (Sciurus) spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
[tu.pai] | توڤاي
Definisi : ; tupai-tupai keratan kayu yg dilekapkan pd tiang dll utk menyangga sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)