[lan.jur] | لنجور
Definisi : 1. ark tersorong atau terlangsung ke depan; 2. terus, tidak berhenti; melanjurkan melanjutkan atau melewat-lewatkan (masa, perbincangan, dll), memanjangkan; terlanjur 1. tersorong ke depan: ~ perahu boleh ditarik; 2. terlampau, melebihi batas, sudah melakukan (memperkatakan dll) sesuatu: saya minta maaf atas segala perbuatan saya yg ~ itu; perangaimu memang sudah ~; 3. = terlanjurkan senyampang, justeru, sementara: jadi ~ ada peluang bersekolah itu, belajarlah baik-baik; terlanjur-lanjur terlangsung atau tersorong jauh (dr batas, ukuran, dll): kerap mulutnya ~ sahaja menyebut mati; telanjuran sl kebetulan, senyampang: ~ tuan datang ke rumah ini, hendaklah anakanda makan nasi sesuap dgn sepertinya; keterlanjuran perihal terlanjur: kian terasalah olehnya salah dirinya atas ~nya itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[lan.jur] | لنجور
Definisi : ; melanjurkan memanjangkan masa (perbincangan dll). terlanjur 1 terdorong; terlangsung: ~ perahu boleh ditarik. 2 sudah memperkatakan atau melakukan sesuatu; melebihi batas: Apa boleh buat, sudah ~ kata. 3 kebetulan; justeru: ~ ada peluang belajar, eloklah kamu mengambilnya. keterlanjuran 1 perbuatan, perlakuan, kata-kata dsb yg terlanjur: Saya minta maaf atas ~ saya. 2 keadaan atau perihal terlanjur: ~ kata-katanya boleh membawa padah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)