| kondom | condom | Alat pencegah kehamilan untuk lelaki, diperbuat daripada getah atau membran semula jadi. Alat ini juga digunakan untuk mencegah penyakit kelamin. | Menengah Rendah |
| testis | testis | Organ pembiakan pada haiwan jantan atau individu lelaki yang menghasilkan sperma. | Menengah Rendah |
| sperma | sperm | Gamet yang dihasilkan oleh haiwan jantan dan individu lelaki. | Menengah Rendah |
| kelenjar prostat | prostate gland | Kelenjar yang mengelilingi bahagian bukaan uretra lelaki atau mamalia jantan, yang merembeskan cecair bernutrien. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
| zakar | penis | Organ senggama yang terdapat pada haiwan jantan dan individu lelaki. | Menengah Rendah |
| semen | semen | Bendalir yang mengandungi sperma dan bahan bernutrien, yang dihasilkan oleh individu lelaki dan mamalia jantan. | Menengah Rendah |
| seks heterogamet | heterogametic sex | Jantina spesies yang berbeza kandungan kromosom seksnya. Contohnya, manusia lelaki yang mempunyai kromosom seks X dan Y. | Menengah Atas |
| hormon seks | sex hormone | Hormon yang mengawal ciri-ciri seksual. Pada manusia, hormon seks lelaki dihasilkan oleh testis, manakala hormon seks wanita dihasilkan oleh ovari. | Menengah Rendah |
| duktus sperma | sperm duct | Saluran yang membawa sperma dari testis ke uretra dalam sistem pembiakan lelaki. | Menengah Rendah |
| uretra | urethra | Salur yang menghubungkan pundi kencing ke luar tubuh. Salur ini juga mengalirkan mani pada lelaki. | Menengah Rendah |