Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. membubuh tampal pd (baju dll yg koyak), melekatkan tampal pd, me­nam­pung: baju yg koyak itu sudah ditampal; 2. merekat sesuatu (pelekat, poster, dll) pd, menampalkan pd (dgn gam dll): dinding dan pintu rumah-rumah rendah itu rata-rata ditampal dgn gambar seorang calon pilihan raya; 3. menyumbat atau memalam (gigi yg berlubang); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 membubuh tam­pal pd (bahagian pakaian yg koyak): Dia ~ seluarnya yg koyak. 2 merekatkan sesuatu pd: Dinding bangunan itu di­tampal dgn gambar calon pilihan raya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tampal (kata nama)
1. Bersinonim dengan penampal: perca, tampung, tembel, tambal,

2. Bersinonim dengan lepa: turap, pelekat, plaster,

Kata Terbitan : bertampal, menampal, menampalkan, tertampal, tampalan, penampalan,


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
amalgamamalgamAloi yang terdiri daripada campuran merkuri dengan satu atau lebih logam lain. Contohnya, aloi daripada merkuri, perak dan timah yang dahulunya digunakan untuk menampal gigi.Menengah Atas

Kembali ke atas