| hidrogen peroksida | hydrogen peroxide | Cecair likat yang tidak berwarna, takat beku - 0.4°C, takat didih 150.2°C, dan larut dalam air dan alkohol. Hidrogen peroksida sangat reaktif dan dapat bertindak sebagai agen pengoksidaan. Sebatian ini biasanya digunakan sebagai bahan antiseptik dan bahan peluntur. | Menengah Rendah |
| garam ammonium | ammonium salt | Garam yang mengandungi ion NH4+ yang terbentuk daripada tindak balas peneutralan asid dengan ammonium hidroksida atau ammonia (NH3 ). | Menengah Atas |
| kalori | calorie | Nilai tenaga yang diperoleh daripada makanan. 1 kalori tenaga haba bersamaan dengan 4.1840 joule. | Menengah Rendah |
| fosfat | phosphate | Garam asid yang mengandungi unsur oksigen dan fosforus, iaitu PO43- . | Menengah Atas |
| proses Sentuh | contact process | Proses industri untuk menghasilkan asid sulfurik, H2SO4 secara besar-besaran. | Menengah Atas |
| larutan kuprum (II) sulfat | cooper (II) sulphate solution | Larutan berwarna biru yang diperoleh dengan melarutkan hablur kuprum(II) sulfat di dalam air. Formulanya, CuSO4 . | Menengah Atas |
| sebatian tak tepu | unsaturated compound | Sebatian organik yang mengandungi ikatan ganda dua dan/atau ikatan ganda tiga karbon-karbon. Contohnya, etena, C2H4. | Menengah Atas |
| bintang raksasa | giant star | Bintang yang mempunyai saiz yang besar berbanding saiz biasa. Contohnya, saiz garis pusat bintang raksasa ialah kira-kira sepuluh kali atau lebih daripada saiz garis pusat matahari yang dianggarkan 1.4 juta km. | Menengah Rendah |