| kepompong | pupa | Sarung daripada daun atau air liur haiwan yang di dalamnya terdapat anak serangga atau ulat. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| tarikan transpirasi | transpiration pull | Daya tarikan molekul air dalam tumbuhan akibat penyejatan air dari daun. | Menengah Atas |
| daun hidrofitik | hydrophytic leaves | Daun tumbuhan yang hidup di dalam air atau di dalam persekitaran berkelembapan tinggi. | Menengah Atas |
| transpirasi | transpiration | Proses kehilangan air dari permukaan daun tumbuhan secara penyejatan. | Menengah Rendah |
| klorofil | chlorophyll | Bahan hijau pada daun yang membolehkannya membuat makanan sendiri dengan kehadiran cahaya matahari, air dan karbon dioksida. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| hidatod | hydathode | Liang seni pada pinggir atau hujung dalam epidermis daun tumbuh-tumbuhan yang menyingkirkan air berlebihan. | Menengah Atas |
| stoma | stoma | Liang-liang halus yang terdapat pada permukaan daun yang digunakan untuk pertukaran gas dan peresapan wap air. | Menengah Rendah |
| kutikel | cuticle | Lapisan berlilin yang meliputi batang dan daun tumbuhan berbunga. Kutikel berfungsi sebagai pelindung agar tumbuh-tumbuhan tidak kehilangan air secara melampau semasa proses transpirasi. | Menengah Rendah |
| alga | algae | Kumpulan tumbuhan yang paling ringkas dan tidak mempunyai batang serta daun yang jelas. Alga boleh melakukan proses fotosintesis. Kebanyakan alga terdapat di dalam air, tanah dan batang tumbuh-tumbuhan. Contohnya, rumpai laut. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |