| pertumbuhan | growth | Proses pertambahan saiz dan kerencaman organisma akibat pertambahan bilangan sel dan tisu. Pertumbuhan melibatkan tiga peringkat perkembangan, iaitu pembahagian, pemanjangan dan pembezaan sel. | Menengah Rendah |
| pertumbuhan | growth | Proses semula jadi yang dialami oleh benda hidup seperti pertambahan saiz dan perubahan bentuk. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| pertumbuhan | growth | Proses pertumbuhan berbalik yang melibatkan pertumbuhan sel akibat pertambahan bilangan sel dan tisu secara pembahagian sel atau akibat pembesaran saiz sel yang sedia ada. | Menengah Atas |
| lonjakan pertumbuhan | growth spurt | Proses pertumbuhan yang berlaku apabila kadar pertumbuhan meningkat secara mendadak. | Menengah Rendah |
| lengkung pertumbuhan | growth curve | Graf yang menunjukkan kadar pertumbuhan umum sesuatu organisma dalam sesuatu tempoh. | Menengah Rendah |
| lengkung pertumbuhan | growth curve | Lengkung yang menggambarkan kadar pertumbuhan umum sesuatu organisma. | Menengah Atas |
| kadar pertumbuhan | growth rate | Kadar atau kepantasan peningkatan bilangan atau saiz sel dalam organisma atau peningkatan bilangan organisma dalam populasi. | Menengah Atas |
| pertumbuhan sekunder | secondary growth | Pertumbuhan yang berlaku hasil pembahagian sel pada meristem sisi yang mengakibatkan diameter akar dan batang tumbuh. | Menengah Atas |
| pertumbuhan primer | primary growth | Pertumbuhan yang berlaku hasil pembahagian sel pada hujung batang atau akar, dan menghasilkan tisu primer. | Menengah Atas |