| kitaran haid | menstrual cycle | Kitaran berlakunya haid dari semasa ke semasa bagi seseorang wanita yang telah mencapai usia baligh dan tidak hamil. Kitaran ini berlaku dalam tempoh 28 hari. | Menengah Rendah |
| fasa luteum | luteal phase | Fasa akhir kitaran haid (pada manusia dan beberapa haiwan lain) atau kitaran estrus (pada mamalia berplasenta yang lain). Hormon utama yang dikaitkan dengan peringkat ini ialah progesteron, yang kandungannya jauh lebih tinggi pada fasa luteum berbanding pada fasa kitaran yang lain. | Menengah Atas |
| kitaran haid | menstrual cycle | Kitaran berlakunya haid dari semasa ke semasa pada seseorang wanita yang telah baligh dan tidak hamil, biasanya terjadi dalam selang empat minggu. | Menengah Atas |
| kitar oksigen | oxygen cycle | Kitaran yang melibatkan pengambilan, penggunaan dan pengembalian oksigen dalam atmosfera secara berterusan. | Menengah Rendah |
| kitar karbon | carbon cycle | Kitaran yang melibatkan pengambilan, penggunaan dan pengembalian karbon dalam atmosfera secara berterusan. | Menengah Rendah |
| menopaus | menopause | Keadaan apabila ovulasi dan kitaran haid seseorang wanita berhenti secara semula jadi, biasanya berlaku pada umur 45 tahun ke atas. | Menengah Atas |
| larva | larva | Anak serangga yang masih dalam bentuk ulat. Larva merupakan peringkat kedua dalam kitaran hidup serangga yang aktif. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| nimfa | nymph | Serangga bersaiz kecil yang menyerupai bentuk seperti serangga dewasa dan mengalami perubahan dalam kitaran hidup yang belum lengkap. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |