| fizik | physics | Ilmu sains yang mengkaji fenomena alam semula jadi serta sifat-sifat jirim dan tenaga seperti haba, cahaya, bunyi, graviti, kemagnetan dan perkaitan antara semua sifat tersebut. | Menengah Rendah |
| alam semula jadi | nature | Keadaan alam secara semula jadi termasuk tumbuhan, haiwan, muka bumi, ciri dan hasil bumi. | Sekolah Rendah |
| bahan semula jadi | natural material | Bahan yang berasal daripada haiwan, tumbuh-tumbuhan dan tanah serta wujud secara semula jadi di alam. Contohnya, arang batu dan petroleum. | Sekolah Rendah |
| bencana alam | natural disaster | Bencana yang berlaku secara semula jadi, dan menyebabkan kerosakan yang teruk terhadap alam. Contohnya, tsunami, banjir dan gempa bumi. | Sekolah Rendah |
| fenomena alam | natural phenomenon | Kejadian yang berlaku secara semula jadi. Contohnya,letusan gunung berapi, banjir dan hakisan. | Menengah Rendah |