| motor arus terus | direct current motor | Motor elektrik yang digerakkan oleh arus terus. | Menengah Atas |
| penjana arus terus | direct current generator | Mesin yang menukarkan tenaga mekanik kepada tenaga elektrik yang mengalir pada satu arah sahaja. | Menengah Atas |
| arus terus | direct current | Arus elektrik yang mengalir dalam arah yang sehala dan dihasilkan daripada sumber seperti bateri. | Menengah Atas |
| arus terus (a.t) | direct current (d.c.) | Arus elektrik yang mengalir dalam arah sehala dan dihasilkan daripada pelbagai sumber seperti sel kering dan akumulator kereta. | Menengah Rendah |
| rektifikasi | rectification | Proses menukarkan arus ulang-alik menjadi arus terus. | Menengah Atas |
| voltan punca min kuasa dua | root mean square voltage | Nilai voltan arus ulang-alik yang bersamaan dengan nilai arus terus bagi menghasilkan kesan haba yang sama. | Menengah Atas |
| hukum Ohm | Ohm’s law | Hukum yang menyatakan bahawa arus elektrik yang mengalir melalui konduktor berkadaran terus dengan voltan yang dikenakan terhadap litar tersebut jika suhu dan ciri fizikal lain ditetapkan. | Menengah Rendah |