| benda hidup | living thing | Benda yang boleh bernafas, bergerak, berkumuh, bergerak balas terhadap rangsangan, membesar dan membiak. Contohnya, manusia, haiwan, tumbuhan dan mikroorganisma. | Sekolah Rendah |
| benda bukan hidup | non-living thing | Benda yang tidak boleh bernafas, bergerak, berkumuh, bergerak balas terhadap rangsangan, membesar dan membiak. Contohnya, kertas dan pensel. | Sekolah Rendah |
| tanduk | horn | Benda keras yang tumbuh di kiri dan kanan kepala beberapa jenis haiwan. Contohnya, tanduk rusa, kerbau dan lembu. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| kapur | lime | Benda putih dan halus yang terhasil daripada batu kapur. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| batu | stone | Benda bukan logam yang keras dan padat, yang berasal dari bumi. | Sekolah Rendah |
| tinggi | height | Panjang benda atau objek dari bawah ke atas. | Sekolah Rendah |
| kumpulan | group | Kelompok benda, orang dan haiwan yang mempunyai ciri yang sama. | Sekolah Rendah |
| hidup | alive | Keadaan benda hidup yang menjalani proses hidup. | Sekolah Rendah |
| biologi | biology | Kajian tentang benda hidup. Terdapat dua bidang asas biologi, iaitu zoologi (kajian tentang haiwan) dan botani (kajian tentang tumbuhan). | Menengah Rendah |
| kemandirian | survival | Perihal keupayaan benda hidup untuk meneruskan hidup dalam pelbagai keadaan. | Sekolah Rendah |