| tenggelam | sink | Keadaan sesuatu bahan yang berada di bawah permukaan cecair. Sesuatu objek akan tenggelam jika objek tersebut lebih tumpat daripada cecair. | Menengah Rendah |
| kromosfera | chromosphere | Lapisan atmosfera matahari yang berada di atas lapisan fotosfera. Lapisan ini mempunyai ketebalan beribu-ribu kilometer dan berwarna jahang (merah tua). Lihat Rajah | Menengah Rendah |
| rangka luar | exoskeleton | Struktur penyokong keras yang berada di sebelah luar kulit sesetengah organisma. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
| teras matahari | core of the sun | Bahagian yang berada di tengah-tengah matahari yang menjadi tempat pembakaran gas hidrogen. | Menengah Rendah |
| pengenapan | sedimentation | Proses pembentukan enapan apabila sesuatu bahan berada di bahagian bawah cecair. | Menengah Rendah |
| terapung | float | Sifat sesuatu objek yang tidak tenggelam atau berada di permukaan air. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| jaluran asteroid | asteroid belt | Jalur yang mengandungi asteroid dan berada di antara planet Marikh dengan Musytari. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| gerhana bulan | eclipse of the moon | Kejadian apabila bumi berada di antara bulan dan matahari dalam satu garis lurus. Bayang bumi jatuh ke atas bulan dan bulan akan kelihatan gelap. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| tuas kelas ketiga | third class lever | Tuas yang kedudukan dayanya berada di antara fulkrum dengan beban. Contohnya, lengan manusia, joran dan pemegang ais. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
| berat ketara | apparent weight | Ukuran berat yang mengalami kehilangan berat apabila berada di dalam cecair. | Menengah Atas |