| kemagnetan | magnetism | Perihal yang berkaitan dengan medan magnet dan kesan medan itu terhadap bahan-bahan tertentu. | Menengah Rendah |
| kajian genetik | genetics | Kajian berkaitan pewarisan dan variasi. | Menengah Atas |
| farmaseutikal | pharmaceutical | Bidang yang berkaitan dengan ubat-ubatan atau farmasi. | Menengah Atas |
| teknologi maklumat | information technology | Teknologi berkaitan perolehan, penyimpanan, pemprosesan, dan pencapaian semula maklumat secara elektronik. | Menengah Rendah |
| termokimia | thermochemistry | Cabang kimia fizik yang berkaitan tenaga diserap atau dibebaskan dengan perubahan tenaga semasa tindak balas kimia. | Menengah Atas |
| sistem pencernaan | digestive system | Sistem organ yang berkaitan dengan pengingesan makanan, pemecahan bahan makanan kompleks ke bentuk yang lebih ringkas dan penyerapan zat makanan. | Menengah Atas |
| analisis kualitatif | qualitative analysis | Kaedah analisis kimia yang berkaitan dengan pengenalpastian jenis sebatian dalam sampel. | Menengah Atas |
| tindak balas anabolik | anabolic reaction | Tindak balas kimia yang berkaitan dengan penyatuan molekul yang lebih kecil untuk membentuk molekul yang lebih besar. | Menengah Atas |
| jaringan makanan | food web | Rangkaian beberapa rantai makanan yang saling berkaitan antara satu sama lain dalam sesuatu ekosistem. | Menengah Rendah |
| saraf auditori | auditory nerve | Saraf yang membawa impuls dari koklea ke otak. Saraf auditori menghantar maklumat yang berkaitan bunyi dan keseimbangan badan. Lihat Rajah | Menengah Rendah |