| termometer | thermometer | Alat yang biasanya diperbuat daripada kaca dan mempunyai merkuri di dalamnya untuk menyukat suhu. | Menengah Rendah |
| elektrod | electrode | Konduktor pepejal biasanya logam atau karbon yang diletakkan dalam elektrolit untuk membenarkan arus elektrik keluar masuk semasa elektrolisis. | Menengah Rendah |
| pengeluar | producer | Organisma autotrof, biasanya tumbuhan hijau yang menjalankan fotosintesis dalam ekosistem, yang mensintesis bahan organik daripada bahan bukan organik. | Menengah Atas |
| ranggi | petal | Bahagian bunga yang biasanya berwarna terang dan dapat menarik perhatian serangga untuk menjalankan pendebungaan. Ranggi dikenali juga sebagai kelopak bunga. | Menengah Rendah |
| mikroorganisma | microorganism | Organisma seni yang biasanya tidak dapat dilihat dengan mata kasar, tetapi dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop. Contohnya, bakteria dan virus. | Menengah Rendah |
| kanta | lens | Alat optik yang biasanya terdiri daripada bahan lut sinar seperti kaca, plastik atau kuarza. Contohnya, kanta cembung dan kanta cekung. | Menengah Rendah |
| arang | charcoal | Bahan hitam yang biasanya terhasil daripada kayu yang terbakar, yang digunakan sebagai bahan api. Bahan ini tergolong dalam kumpulan karbon amorfus. | Menengah Rendah |
| akar | root | Bahagian tumbuhan yang biasanya terdapat di bawah permukaan tanah untuk menyokong tumbuhan dan menyerap air serta mineral. | Menengah Rendah |
| sesumpah | chameleon | Sejenis haiwan yang biasanya berwarna hijau atau coklat dan mempunyai kebolehan mengubah warna badannya yang menyerupai persekitaran untuk mengelirukan musuh. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| hemisfera | hemisphere | Bahagian separuh bumi, biasanya terbahagi kepada bahagian utara dan selatan yang ditandai oleh garis Khatulistiwa. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |