| belahan dedua | binary fission | Sejenis pembiakan aseks, iaitu pembelahan sel induk yang matang untuk membentuk dua sel anak yang serupa. Contohnya, pembiakan ameba. | Menengah Rendah |
| pembelahan dedua | binary fission | Pembiakan aseks yang berlaku secara pembahagian sel induk yang matang, untuk membentuk dua sel anak. Setiap anak sel itu akan membesar menjadi induk. Kebanyakan organisma unisel, seperti ameba, membiak secara pembelahan dedua. | Menengah Atas |