| limau nipis | lime | Buah yang bulat, berbau segar, berwarna hijau kekuning-kuningan, berkulit nipis dan mengeluarkan air yang masam. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| cakera | disc | Plat yang berbentuk bulat, nipis dan rata, yang digunakan untuk menyimpan data. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| anak mata | pupil | Bahagian bukaan kecil bulat berwarna hitam di tengah-tengah iris mata yang berfungsi untuk mengawal kemasukan cahaya ke dalam retina. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
| cacing | worm | Sejenis haiwan yang panjang bulat atau pipih dan tidak beranggota. Cacing hidup di dalam air, tanah, perut manusia atau haiwan. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| alas bebola | ball bearing | Alat yang berbentuk bulat dan mempunyai ruang sempit yang memuatkan bebola besi kecil untuk mengurangkan geseran dan menyokong bebanan. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
| magnet butang | button magnet | Magnet yang berbentuk bulat. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| lisosom | lysosome | Organel sel haiwan yang berbentuk bulat, dan mengandungi enzim hidrolisis. Lisosom juga berperanan menyingkirkan sel dan organel yang mati. | Menengah Atas |
| piring petri | petri dish | Peralatan makmal yang berbentuk bulat dan cetek dengan dasar yang mendatar, bahagian tepi yang tegak serta berpenutup. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| lada hitam | black pepper | Lada yang buahnya berbentuk biji bulat, berwarna hitam apabila dikeringkan dan berasa pedas. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| piramid | pyramid | Struktur tugu dengan dasar berbentuk segi empat atau bulat. Sisi yang curam dan bertemu di satu titik puncak. Contohnya, binaan makam purba Mesir. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |