| bulu halus | fine hair | Bulu yang sangat nipis dan lembut. Contohnya, bulu halus pada arnab. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| bulu tebal | thick fur | Bulu yang tebal dan melitupi tubuh atau badan sesetengah haiwan. Contohnya, bulu yang melitupi badan orang utan dan beruang kutub. | Sekolah Rendah |
| bulu pelepah | feather | Bulu yang melitupi badan burung dan haiwan dalam kumpulan unggas yang lain. Contohnya, bulu pelepah pada burung, ayam dan itik. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| kain bulu biri-biri | wool fabric | Kain yang diperbuat daripada bulu biri-biri. Contohnya, topi dan selendang. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| bulu | fur | Rambut yang halus, pendek dan lembut pada sesetengah haiwan. Contohnya, bulu kucing. | Sekolah Rendah |
| kulapuk | mould | Sejenis kulat yang menyebabkan pertumbuhan bulu halus di permukaan makanan atau pada tumbuh-tumbuhan yang lembap dan reput. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| paku pakis | fern | Sejenis tumbuhan berdaun, berbentuk seperti bulu pelepah dan membiak melalui spora yang terdapat di bahagian bawah daun. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| rod politena | polythene rod | Bahan plastik yang boleh digunakan untuk menghasilkan cas negatif apabila digosok dengan kain bulu. | Menengah Rendah |