| stetoskop | stethoscope | Alat yang digunakan untuk mendengar bunyi dalam badan seperti bunyi degupan jantung dan pernafasan. | Menengah Rendah |
| bunyi | sound | Sesuatu yang dapat didengar oleh telinga. | Sekolah Rendah |
| tenaga bunyi | sound energy | Tenaga yang dihasilkan daripada gelombang bunyi. | Sekolah Rendah |
| tenaga bunyi | sound energy | Tenaga yang dihasilkan oleh objek yang bergetar. Tenaga bunyi boleh dipindahkan melalui medium seperti gas, cecair dan pepejal tetapi tidak boleh melalui vakum. | Menengah Rendah |
| gema | echo | Kesan bunyi yang terhasil apabila gelombang bunyi dipantulkan daripada permukaan yang pejal seperti dinding batu. | Menengah Atas |
| gema | echo | Gelombang bunyi yang terpantul dan kembali semula ke sumber penghantarannya selepas tempoh tertentu. Gema biasanya mempunyai magnitud yang cukup besar apabila terkena permukaan yang keras. | Menengah Rendah |
| kenyaringan | loudness | Tahap kekuatan bunyi yang bergantung pada amplitud. | Menengah Atas |
| penggera kebakaran | fire alarm | Alat yang memberi isyarat bunyi apabila berlaku kebakaran. | Menengah Rendah |
| belauan | diffraction | Fenomena yang dikesan apabila gelombang air, bunyi dan cahaya tersebar selepas menerusi celah atau halangan. Contohnya, gelombang air. Lihat Rajah | Menengah Atas |
| kelangsingan | pitch | Darjah tinggi atau rendahnya nada suara atau bunyi yang bergantung pada frekuensi. | Menengah Atas |