| sebatian | compound | Jirim yang terdiri daripada dua atau lebih unsur yang digabungkan dengan ikatan kimia. | Menengah Atas |
| sebatian organik | organic compound | Sebatian kimia yang mengandungi unsur karbon, iaitu unsur bukan logam yang terhasil daripada sumber tumbuhan atau haiwan. | Menengah Rendah |
| sebatian tepu | saturated compound | Sebatian organik yang mengandungi ikatan tunggal antara atom-atom karbon. Contohnya, etana, C2H6. | Menengah Atas |
| sebatian kovalen | covalent compound | Sebatian yang terdiri daripada atom-atom yang berkongsi elektron valens untuk membentuk ikatan kovalen. | Menengah Atas |
| sebatian ion | ionic compound | Sebatian yang dihasilkan daripada kation dan anion yang berbeza, diikat bersama-sama oleh daya elektrostatik. | Menengah Atas |
| sebatian tak tepu | unsaturated compound | Sebatian organik yang mengandungi ikatan ganda dua dan/atau ikatan ganda tiga karbon-karbon. Contohnya, etena, C2H4. | Menengah Atas |
| sebatian tak organik | inorganic compound | Sebatian yang berasal dari bahan bukan hidup. | Menengah Atas |