| kultur | culture | Sekumpulan sel sama ada dari mikroorganisma, haiwan atau tumbuhan yang dibiakkan dalam makmal di bawah suhu, pH dan faktor-faktor lain yang dikawal menggunakan medium kultur. | Menengah Rendah |
| medium kultur | culture medium | Bahan nutrien, bahan organik atau bahan tak organik yang digunakan untuk pembiakan mikroorganisma, tisu tumbuhan atau haiwan di dalam kultur. | Menengah Rendah |
| kultur tisu | tissue culture | Kaedah pertumbuhan dalam medium pengkulturan berzat di luar organisma. Contohnya, bahagian daripada pucuk atau akar tumbuhan boleh dikultur dalam medium yang sesuai untuk menghasilkan pertumbuhan sel baharu. | Menengah Atas |