| dahan | branch | Cabang yang tumbuh dari batang pokok. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| akar sokong | prop root | Akar yang tumbuh daripada batang dan juga daripada dahan, yang menjadi sokongan yang kuat kepada pokok itu. Contohnya, akar pokok pandan, tebu dan jagung. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
| akar lilit | twining root | Akar yang tumbuh dan menjalar secara berpintal-pintal pada batang atau dahan pokok lain. Akar ini biasanya terdapat pada tumbuhan yang memanjat. Contohnya, akar pokok seri pagi. | Menengah Rendah |
| penjanaan semula | regeneration | Proses pembentukan semula tisu atau organ yang tercedera atau rosak sama ada pada tumbuhan atau haiwan. Contohnya, pembentukan semula ekor cicak yang terputus dan pertumbuhan dahan baharu pada pokok yang tercantas. | Menengah Rendah |