| ruminan | ruminant | Haiwan yang mempunyai perut yang dibahagikan kepada empat ruang dan memamah semula makanannya selepas dihadamkan di dalam rumen. Contohnya, kerbau, lembu, kuda dan lain-lain. | Menengah Atas |
| piramid makanan | food pyramid | Panduan pengambilan makanan sihat, berbentuk piramid yang dibahagikan kepada beberapa bahagian untuk menunjukkan pengambilan kelas-kelas makanan yang disarankan. | Menengah Rendah |
| angiosperma | angiosperm | Kumpulan tumbuhan berbunga, iaitu salah satu daripada dua subdivisi Spermatophyta (tumbuhan berbiji), mempunyai ovul yang terlindung di dalam ovari dan dapat dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu monokotiledon dan dikotiledon. | Menengah Atas |