| jalur dwilogam | bimetallic strip | Kepingan yang dibentuk daripada cantuman dua logam yang mempunyai kadar pengembangan yang berbeza. Perbezaan ini menyebabkan kepingan ini membengkok apabila dipanaskan. | Menengah Rendah |
| hidroksil | hydroxyl | Radikal bebas (-OH) yang dibentuk oleh penguraian atom hidrogen daripada air. | Menengah Atas |
| aluminium | aluminium | Unsur logam yang ringan, boleh dibentuk dan merupakan konduktor elektrik dan haba yang baik. Aluminium diekstrak daripada bauksit secara elektrolisis. Aluminium digunakan dalam industri perumahan dan untuk membuat bahagian tertentu kenderaan. | Menengah Rendah |
| struktur | structure | 1. Sesuatu yang dibina atau dibentuk. 2. Bahagian daripada sesuatu binaan dan lain-lain. | Sekolah Rendah |
| ketertempaan | malleability | Keupayaan logam atau aloi dapat dibentuk tanpa pecah. | Menengah Atas |
| heliks ganda dua | double helix | Lingkaran yang dibentuk oleh dua rantai polimer seperti nukleotida. Contohnya, asid deoksiribonukleik (DNA). | Menengah Atas |
| dinding sel primer | primary cell wall | Dinding pertama sel yang terdiri daripada selulosa mikrofibril yang dibentuk dengan pelbagai orientasi, dapat dilihat melalui mikroskop elektron, yang terbentuk apabila sel sedang membesar. | Menengah Atas |