| kelalang | flask | Bekas yang diperbuat daripada kaca untuk mengisi cecair, yang digunakan semasa eksperimen di dalam makmal. | Menengah Rendah |
| tuas | lever | Alat yang diperbuat daripada papan atau bar dan diletakkan di atas fulkrum. Tuas digunakan untuk mengangkat atau mengumpil sesuatu objek. | Sekolah Rendah |
| dawai | wire | Tali yang diperbuat daripada logam. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| magnalium | magnalium | Aloi yang diperbuat daripada aluminium, magnesium, dan kuprum. Magnalium bersifat ringan dan kuat. | Menengah Atas |
| topang ketiak | crutches | Alat yang diperbuat daripada kayu atau besi yang diletakkan di bawah ketiak bagi membantu seseorang yang cacat atau cedera pada kakinya untuk berjalan. | Menengah Rendah |
| termometer | thermometer | Alat yang biasanya diperbuat daripada kaca dan mempunyai merkuri di dalamnya untuk menyukat suhu. | Menengah Rendah |
| mangkuk pijar | crucible | Bekas yang diperbuat daripada porselin, digunakan untuk mengisi bahan yang akan dilebur atau dibakar. | Menengah Rendah |
| keluli | steel | Logam keras yang diperbuat daripada campuran besi dengan karbon. Keluli dikenali juga sebagai besi waja. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| benang | thread | Tali halus yang biasanya diperbuat daripada kapas atau sutera, yang boleh digunakan untuk mengukur ukur lilit. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| kondom | condom | Alat pencegah kehamilan untuk lelaki, diperbuat daripada getah atau membran semula jadi. Alat ini juga digunakan untuk mencegah penyakit kelamin. | Menengah Rendah |