| nutrien | nutrient | Bahan yang diperoleh daripada makanan dan penting dalam metabolisme badan. Nutrien seperti protein, mineral, karbohidrat, lemak dan vitamin diperlukan oleh badan untuk pertumbuhan dan pelaksanaan fungsi badan dengan sempurna. | Menengah Rendah |
| kokaina | cocaine | Bahan yang diperoleh daripada daun koka yang memberi kesan rangsangan, narkotik dan digunakan dalam ubat bius. | Menengah Rendah |
| zimase | zymase | Enzim yang diperoleh daripada yis dan berupaya memecahkan gula kepada alkohol dan karbon dioksida. | Menengah Atas |
| sulingan | distillate | Cecair tulen yang diperoleh daripada proses penyulingan. | Menengah Rendah |
| mendakan | precipitate | Hasil pepejal yang diperoleh daripada sesuatu tindak balas kimia yang berlaku dalam larutan. Contohnya, argentum klorida terhasil apabila larutan natrium klorida ditambah ke dalam larutan argentum nitrat. | Menengah Rendah |
| kalori | calorie | Nilai tenaga yang diperoleh daripada makanan. 1 kalori tenaga haba bersamaan dengan 4.1840 joule. | Menengah Rendah |
| bahan kimia | chemicals | Bahan yang diperoleh melalui proses kimia atau bahan yang digunakan dalam proses kimia. | Menengah Rendah |
| zat makanan | nutrient | Bahan yang diperoleh daripada makanan seperti protein, karbohidrat yang diperlukan oleh badan untuk pertumbuhan dan pelaksanaan fungsi badan yang sempurna. | Sekolah Rendah |
| lateks | latex | Susu getah yang diperoleh daripada pokok getah. | Menengah Atas |
| tenaga suria | solar energy | Tenaga yang diperoleh daripada matahari, iaitu tenaga cahaya dan tenaga haba. Tenaga suria dipancarkan dalam bentuk sinaran elektromagnet. | Menengah Rendah |