| fluorida | fluoride | Sebatian yang mengandungi fluorin dengan unsur lain. Fluorida biasanya dicampurkan dengan ubat gigi untuk mencegah karies gigi. | Menengah Rendah |
| klorofluorokarbon (CFC) | chlorofluorocarbon (CFC) | Sebatian kimia yang mengandungi unsur karbon, klorin dan fluorin. Sebatian ini boleh memusnahkan lapisan ozon di atmosfera. | Menengah Rendah |
| halogen | halogen | Unsur-unsur yang tergolong dalam kumpulan 17 jadual berkala, terdiri daripada fluorin, klorin, bromin, iodin, dan astatin. | Menengah Atas |