| impuls | impulse | 1. Hasil darab daya dan masa atau perubahan momentum. 2. Isyarat yang mengalir di sepanjang neuron dalam bentuk gelombang elektrik. | Menengah Atas |
| daya impuls | impulsive force | Daya yang terhasil apabila berlakunya perubahan momentum, yang berlaku pada masa yang singkat. Contohnya, daya dalam pelanggaran di antara dua jasad. | Menengah Atas |
| arka refleks | reflex arc | Laluan impuls tindakan refleks. | Menengah Atas |
| saraf | nerve | Sel khusus yang membawa impuls. | Menengah Rendah |
| saraf auditori | auditory nerve | Saraf yang membawa impuls dari koklea ke otak. Saraf auditori menghantar maklumat yang berkaitan bunyi dan keseimbangan badan. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
| neuron motor | motor neurone | Neuron yang menghantar impuls saraf dari sistem saraf pusat ke organ efektor seperti otot atau kelenjar. | Menengah Atas |
| neuron deria | sensory neurone | Neuron yang membawa impuls dari organ deria ke sistem saraf. | Menengah Atas |
| dendrit | dendrite | Struktur yang terdapat pada neuron yang menerima impuls saraf dan menghantarnya kepada badan sel. Lihat Rajah | Menengah Atas |
| akson | axon | Unjuran sitoplasma yang panjang pada neuron yang memindahkan impuls dari badan sel ke neuron yang lain. Lihat Rajah | Menengah Atas |
| koklea | cochlea | Lingkaran salur yang berbentuk cangkerang siput yang berisi cecair dalam telinga. Koklea akan menukarkan getaran bunyi kepada impuls saraf dan seterusnya dihantar ke otak. | Menengah Rendah |