| penunjuk | indicator | Bahan yang digunakan untuk menunjukkan kehadiran sesuatu bahan tertentu melalui perubahan warna. Contohnya, larutan iodin digunakan sebagai penunjuk kehadiran kanji. | Menengah Rendah |
| penunjuk | indicator | Bahan yang digunakan untuk menunjukkan kehadiran sesuatu bahan tertentu melalui perubahan warna. Contohnya, fenolftalein, iodin, dan larutan Benedict. | Menengah Atas |
| penunjuk semesta | universal indicator | Penunjuk yang dapat menghasilkan perubahan warna yang beransur-ansur dalam julat pH yang besar. | Menengah Rendah |
| penunjuk hidrogen karbonat | hydrogen carbonate indicator | Penunjuk yang digunakan untuk menguji kehadiran gas karbon dioksida. Penunjuk ini akan bertukar warna daripada merah kepada kuning yang menunjukkan kehadiran karbon dioksida. | Menengah Rendah |