| keperluan asas | basic needs | Bahan asas yang diperlukan oleh benda hidup. Contohnya, makanan, tempat tinggal, air dan udara. | Sekolah Rendah |
| keperluan oksigen biokimia | biochemical oxygen demand | Jumlah oksigen terlarut di dalam sesuatu sumber air yang diperlukan oleh mikroorganisma seperti bakteria dan alga untuk menguraikan bahan organik. | Menengah Atas |
| sumber | resource | Keperluan organisma untuk hidup seperti bahan makanan dan cahaya. | Menengah Rendah |
| sistem pengangkutan | transport system | Sistem yang membawa keperluan sel kepada semua sel-sel badan dan membawa bahan buangan keluar dari sel-sel. | Menengah Atas |
| habitat | habitat | Tempat tinggal organisma. Ia mempunyai keperluan seperti makanan, ruang untuk membiak dan membesar, serta perlindungan. | Menengah Atas |
| persaingan | competition | Proses interaksi antara organisma bagi memperoleh keperluan asas yang sama dan terhad. | Sekolah Rendah |
| struktur respirasi | respiratory structure | Struktur yang disesuaikan berdasarkan keperluan organisma terhadap oksigen. Hidupan seni seperti protozoa menukar oksigen dan karbon dioksida merentasi keseluruhan permukaan badan. | Menengah Atas |
| persaingan | competition | Hubungan antara dua atau lebih organisma untuk mendapatkan keperluan yang sama dan terhad. Contohnya, persaingan untuk mendapatkan cahaya dan air oleh tumbuhan. | Menengah Rendah |
| diet seimbang | balanced diet | Komposisi kelas makanan yang mengandungi protein, karbohidrat, lemak, vitamin, garam mineral, air dan pelawas mengikut nisbah yang betul bagi memenuhi keperluan individu. | Menengah Rendah |
| anemia | anaemia | Penyakit yang terjadi kerana kekurangan sel darah merah atau kekurangan hemoglobin dalam sel darah merah. Keadaan ini menyebabkan darah kurang berupaya mengangkut oksigen yang secukupnya untuk keperluan badan. | Menengah Rendah |