| liter | litre | Unit untuk menyukat isi padu cecair. | Menengah Rendah |
| liter | litre | Unit isi padu cecair yang bersamaan dengan 1000 mililiter. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| kemolaran | molarity | Bilangan mol zat larutan yang terdapat dalam 1 liter larutan. Contohnya, kemolaran larutan akueus natrium klorida ialah bilangan mol natrium klorida yang larut dalam 1 liter air. | Menengah Atas |
| molar | molar | Kepekatan sesuatu larutan apabila 1 mol bahan larut dalam pelarut, menghasilkan 1 liter larutan. Contohnya, larutan molar natrium hidroksida terdiri daripada 1 mol atau 40 g pepejal natrium hidroksida, dilarutkan dalam 1 liter air suling. | Menengah Atas |
| oksigen terlarut | dissolved oxygen | Molekul oksigen yang terlarut dalam air, dalam unit mg/liter, dan jumlahnya digunakan untuk mengukur kesesuaian air bagi organisma akuatik. | Menengah Atas |
| kepekatan | concentration | Perihal kuantiti zat terlarut yang wujud dalam larutan dengan isi padu tertentu. Kepekatan diukur dalam mol per liter. | Menengah Rendah |
| kepekatan | concentration | Kuantiti zat terlarut yang wujud di dalam larutan dengan isi padu tertentu, lazimnya diukur dalam mol per liter (kemolaran). | Menengah Atas |
| isi padu | volume | Ukuran ruang yang menempatkan sesuatu jasad atau jisim bendalir. Isi padu diukur dalam unit meter padu, m3 atau liter, l. | Menengah Rendah |
| isi padu | volume | Ukuran ruang yang diisi oleh sesuatu jasad atau bendalir. Isi padu lazimnya diukur dalam unit meter padu atau liter. | Menengah Atas |