| medan magnet | magnetic field | Kawasan di sekitar magnet yang mengenakan daya tarikan ke atas besi atau bahan magnet yang lain. Medan magnet merupakan kuantiti vektor. | Menengah Rendah |
| kutub magnet | magnetic pole | Kawasan yang terletak pada hujung magnet kekal. Hujung magnet yang menghala ke utara disebut kutub utara dan yang menghala ke selatan disebut kutub selatan. Kutub yang berlainan menarik antara satu sama lain, manakala kutub yang sama menolak antara satu sama lain. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
| daya magnet | magnetic force | Daya tarikan atau tolakan yang dialami oleh objek yang berada dalam medan magnet. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
| bahan magnet | magnetic material | Objek yang dapat ditarik oleh magnet. | Sekolah Rendah |
| medan magnet | magnetic field | Kawasan sekitar magnet yang daya dikenakan ke atas bahan magnet yang boleh dikesan. | Menengah Atas |
| fluks magnet | magnetic flux | 1. Garis medan magnet. 2. Kekuatan medan magnet pada keluasan tertentu. Fluks magnet diukur dalam unit weber (Wb). Lihat Rajah | Menengah Atas |
| bahan bukan magnet | non-magnetic material | Objek yang tidak dapat ditarik oleh magnet. Contohnya, getah, plastik dan kayu. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |