| lut sinar | transparent | Sifat bahan yang membenarkan semua cahaya melaluinya. Contohnya, cermin pintu. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| konduktor | conductor | Bahan yang membolehkan tenaga haba atau arus elektrik melaluinya. Contohnya, dawai kuprum. | Menengah Rendah |
| kekonduksian | conductivity | Keupayaan bahan untuk membenarkan cas elektrik atau haba melaluinya dengan mudah. | Menengah Rendah |
| lut cahaya | translucent | Sifat bahan yang membenarkan sebahagian cahaya sahaja melaluinya. Contohnya, cermin mata hitam. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| penebat | insulator | Bahan yang tidak membenarkan arus elektrik atau haba mengalir melaluinya. Kebanyakan bahan bukan logam merupakan penebat yang baik. Contohnya, kaca. | Menengah Rendah |
| litar tertutup | closed circuit | Litar lengkap yang membenarkan arus elektrik mengalir melaluinya. | Menengah Rendah |
| kanta cekung | concave lens | Kanta yang berfungsi untuk mencapahkan sinaran cahaya yang melaluinya. Kanta ini lebih nipis pada bahagian tengah berbanding bahagian sisinya. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
| elektrolisis | electrolysis | Proses penguraian sebatian kepada unsur-unsurnya apabila arus elektrik mengalir melaluinya. Sebatian adalah dalam bentuk leburan atau larutan akueus. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
| reostat | rheostat | Perintang boleh ubah yang boleh dilaraskan untuk mengawal arus elektrik mengalir melaluinya. | Menengah Rendah |
| rintangan | resistance | Nisbah beza keupayaan merentasi sesuatu komponen elektrik kepada arus yang mengalir melaluinya. | Menengah Atas |