| antikulat | antifungal | Sebatian kimia yang memusnahkan atau menyekat pertumbuhan kulat. | Menengah Atas |
| antibiotik | antibiotic | Bahan kimia yang memusnahkan atau merencatkan pertumbuhan mikroorganisma. Contohnya, penisilin, streptomisin dan kloromisin. | Menengah Atas |
| herbisid | herbicides | Bahan kimia yang merencatkan atau memusnahkan rumpai. | Menengah Atas |
| disinfektan | disinfectant | Bahan kimia yang digunakan untuk memusnahkan atau merencatkan aktiviti mikroorganisma yang terdapat pada benda yang tidak bernyawa. | Menengah Atas |
| kerosakan gigi | tooth decay | Kerosakan pada gigi yang memusnahkan permukaan luar dan dalam enamel gigi. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| makrofaj | macrophage | Sel fagosit yang besar, berfungsi untuk memusnahkan patogen secara fagositosis. | Menengah Atas |
| antibiotik | antibiotic | Bahan kimia yang dihasilkan oleh kulat dan bakteria, yang dapat memusnahkan atau merencatkan pertumbuhan mikroorganisma lain. Antibiotik digunakan untuk merawat jangkitan penyakit. Contohnya, penisilin, streptomisin dan kloromisin. | Menengah Rendah |
| klorofluorokarbon (CFC) | chlorofluorocarbon (CFC) | Sebatian kimia yang mengandungi unsur karbon, klorin dan fluorin. Sebatian ini boleh memusnahkan lapisan ozon di atmosfera. | Menengah Rendah |
| monosit | monocytes | Sel darah putih yang mempunyai satu nukleus yang besar dan berbentuk seperti ginjal. Monosit bersifat fagosit yang dapat memusnahkan bakteria dan benda asing yang masuk ke dalam sistem peredaran darah. | Menengah Atas |