| penularan | transmission | Perpindahan patogen yang mengakibatkan penyakit daripada seseorang individu kepada individu yang lain, sama ada secara langsung atau tidak langsung. | Menengah Atas |
| perlanggaran berkesan | effective collision | Pelanggaran zarah yang mengakibatkan tindak balas kimia. | Menengah Atas |
| beguk | mumps | Penyakit yang disebabkan oleh virus, yang mengakibatkan demam dan bengkak pada kelenjar liur. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| panau | tinea | Penyakit kulit yang disebabkan oleh kulat, mengakibatkan tompok putih pada kulit dan menimbulkan rasa gatal. Lihat Rajah | Menengah Atas |
| penyakit Parkinson | Parkinson’s disease | Penyakit gangguan saraf kronik yang mengakibatkan kekurangan kawalan ke atas pergerakan, kurang keseimbangan dan koordinasi. | Menengah Atas |
| gout | gout | Penyakit radang sendi yang menyakitkan, disebabkan oleh gangguan metabolisme yang mengakibatkan pengumpulan asid urik dalam darah dan pemendapan natrium urat di sekeliling sendi. | Menengah Atas |
| pertumbuhan sekunder | secondary growth | Pertumbuhan yang berlaku hasil pembahagian sel pada meristem sisi yang mengakibatkan diameter akar dan batang tumbuh. | Menengah Atas |
| kerosakan makanan | food spoilage | Proses pereputan bahan makanan apabila diuraikan kepada bentuk yang lebih ringkas, mengakibatkan bahan makanan berubah warna, bau dan rasa. Kerosakan makanan disebabkan oleh tindakan bakteria dan kulat. | Menengah Rendah |
| pemanasan global | global warming | Proses peningkatan suhu purata atmosfera bumi yang boleh menyebabkan perubahan pada pola cuaca dan akan mengakibatkan bencana seperti tsunami dan kemarau. | Sekolah Rendah |
| sindrom Down | Down syndrome | Sindrom pada manusia, iaitu kecacatan sejak lahir yang berpunca daripada mutasi kromosom, iaitu kromosom yang terlebih satu pada kromosom ke-21. Ia mengakibatkan kemerosotan intelektual dan ketidaknormalan fizikal. Contohnya, dahi lebar, mata sepet dan hidung penyek. | Menengah Atas |