| takat didih | boiling point | Suhu ketika tekanan wap cecair menyamai tekanan atmosfera dan berlakunya perubahan jirim daripada cecair menjadi gas. Pendidihan berlaku pada keseluruhan cecair. Takat didih air adalah pada suhu 100°C. | Menengah Rendah |
| zarah beta | beta particle | Zarah elektron yang terpancar keluar dari nukleus radioaktif. Zarah ini mempunyai halaju yang sangat tinggi, iaitu hampir menyamai halaju cahaya. | Menengah Atas |
| penyamaran | camouflage | Peniruan warna, bentuk atau rupa persekitaran oleh haiwan untuk mengelak daripada dikesan oleh pemangsa. Contohnya, warna cicak yang hampir sama dengan persekitaran dan warna labah-labah raksasa yang menyamai batang pokok. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |