| minyak mentah | crude oil | Campuran kompleks hidrokarbon yang diekstrak daripada bumi dan mengandungi sedikit sebatian sulfur, nitrogen dan oksigen. Minyak mentah wujud dalam bentuk cecair likat berwarna perang gelap yang mudah terbakar. | Menengah Rendah |
| petroleum | petroleum | Minyak mentah yang dijumpai di bawah tanah atau dasar laut. | Menengah Rendah |
| peretakan | cracking | Proses penguraian minyak mentah dengan memecahkan molekul hidrokarbon yang besar kepada molekul hidrokarbon yang lebih kecil. | Menengah Atas |
| petrol tanpa plumbum | unleaded petrol | Minyak yang tidak mengandungi unsur plumbum. | Menengah Rendah |
| petroleum | petroleum | Bahan mentah berbentuk minyak yang diperoleh dari dalam tanah untuk dijadikan petrol dan lain-lain. | Sekolah Rendah |
| saponifikasi | saponification | Proses hidrolisis ester (lemak dan minyak) yang dimangkinkan oleh ion hidroksida, OH-. | Menengah Atas |
| kerosin | kerosene | Cecair hidrokarbon yang terhasil daripada proses penyulingan berperingkat minyak mentah pada julat takat didih 150°C - 230°C. Kerosin digunakan sebagai bahan api dan pelarut. | Menengah Rendah |
| pelincir | lubricant | Cecair yang boleh mengurangkan geseran antara dua permukaan. Contohnya, minyak dan gris. | Sekolah Rendah |
| jelaga | soot | Debu hitam yang terhasil daripada pembakaran tidak lengkap bahan seperti minyak, kayu atau arang. | Menengah Rendah |
| pelarut organik | organic solvent | Pelarut yang terdiri daripada cecair hidrokarbon yang digunakan untuk melarutkan bahan seperti cat, minyak, gris dan bahan hidrokarbon lain. | Menengah Rendah |