| limau nipis | lime | Buah yang bulat, berbau segar, berwarna hijau kekuning-kuningan, berkulit nipis dan mengeluarkan air yang masam. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| amnion | amnion | Membran nipis yang menyelaputi embrio reptilia, burung dan mamalia. Amnion mengandungi cecair yang menyokong dan melindungi embrio atau fetus. | Menengah Rendah |
| pleura | pleura | Selaput nipis yang melapisi paru-paru dan rongga toraks. | Menengah Atas |
| membran sel | cell membrane | Membran nipis separa tetap yang menyaluti sel. Membran ini berfungsi untuk mengawal keluar masuk bahan dalam sel. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
| kantung udara | air sac | Ruang berdinding nipis yang dipenuhi udara seperti yang terdapat pada burung. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
| cakera | disc | Plat yang berbentuk bulat, nipis dan rata, yang digunakan untuk menyimpan data. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| bulu halus | fine hair | Bulu yang sangat nipis dan lembut. Contohnya, bulu halus pada arnab. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| permukaan respirasi | respiratory surface | Permukaan epitelium yang nipis dan lembab yang membolehkan pertukaran gas berlaku. | Menengah Atas |
| bronkiol | bronchiole | Salur yang paling kecil dan berdinding nipis dalam paru-paru, dan di bahagian hujungnya terdapat alveolus. | Menengah Rendah |
| kerajang aluminium | aluminium foil | Bahan aluminium yang sangat nipis dan ringan. Kerajang aluminium biasanya digunakan untuk membalut makanan seperti coklat. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |