| pemboleh ubah bergerak balas | responding variable | Pemboleh ubah yang dipengaruhi oleh pemboleh ubah dimanipulasikan. | Menengah Rendah | 
				| pemboleh ubah bergerak balas | responding variable | Pemboleh ubah yang nilainya berubah mengikut perubahan pemboleh ubah dimanipulasikan. | Menengah Atas | 
				| pemboleh ubah dimanipulasikan | manipulated variable | Pemboleh ubah yang nilainya diubah untuk melihat kesan ke atas pemboleh ubah bergerak balas. | Menengah Atas | 
				| pemboleh ubah dimanipulasikan | manipulated variable | Pemboleh ubah yang boleh diubah suai secara sistematik supaya kesan terhadap pemboleh ubah bergerak balas dapat diperhatikan. | Menengah Rendah | 
				| pemboleh ubah dimalarkan | constant variable | Pemboleh ubah yang perlu dikawal atau dikekalkan nilainya supaya tidak menjejaskan keputusan eksperimen. | Menengah Rendah | 
				| pemboleh ubah dimalarkan | constant variable | Pemboleh ubah yang nilainya ditetapkan sepanjang eksperimen. | Menengah Atas | 
				| pemboleh ubah | variable | Faktor-faktor yang mempengaruhi keputusan eksperimen. | Menengah Rendah | 
				| pemboleh ubah | variable | Nombor atau kuantiti yang boleh berubah. | Sekolah Rendah | 
				| penyiasatan saintifik | scientific investigation | Kaedah penyiasatan mengikut pendekatan yang sistematik. Antaranya mengenal pasti masalah, mengenal pasti pemboleh ubah, membentuk hipotesis, merancang dan menjalankan penyiasatan, mengumpul data, menganalisis data dan membuat kesimpulan. | Menengah Rendah |