| planaria | planaria | Cacing pipih yang hidup bebas, tergolong dalam kelas Turbellaria. | Menengah Atas |
| grana | grana | Struktur seperti kantung pipih di dalam kloroplas, yang mengandungi klorofil dan enzim fotosintesis lain. | Menengah Atas |
| cacing pita | tapeworm | Cacing yang berbentuk panjang dan pipih, berwarna putih kelabu dan hidup sebagai parasit dalam usus haiwan atau manusia. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
| cacing | worm | Sejenis haiwan yang panjang bulat atau pipih dan tidak beranggota. Cacing hidup di dalam air, tanah, perut manusia atau haiwan. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| cacing | worm | Haiwan invertebrat yang berbadan lembut, panjang dan berbentuk silinder atau pipih, hidup di dalam tanah, sungai atau laut. Contohnya, cacing gelang dan cacing kerawit. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
| jasad Golgi | Golgi body | Organel sel eukariot, yang terdiri daripada timbunan kantung pipih bermembran. Ia berfungsi sebagai pusat memproses, membungkus, dan mengangkut protein, karbohidrat dan glikoprotein. | Menengah Atas |
| insang | gill | Organ pernafasan bagi haiwan akuatik khususnya ikan dan berudu. Bagi tumbuhan seperti cendawan, insang merupakan struktur bermembran yang pipih dan lebar. | Menengah Rendah |