| titik fokus | focal point | Titik tempat sinar selari bertumpu selepas melalui kanta. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
| takat lebur | melting point | Suhu ketika sesuatu pepejal menjadi cecair. Takat lebur ais adalah pada suhu 0°C. | Menengah Rendah |
| takat didih | boiling point | Suhu ketika tekanan wap cecair menyamai tekanan atmosfera dan berlakunya perubahan jirim daripada cecair menjadi gas. Pendidihan berlaku pada keseluruhan cecair. Takat didih air adalah pada suhu 100°C. | Menengah Rendah |
| takat didih | boiling point | Suhu ketika sesuatu cecair mula mendidih. Contohnya, takat didih air ialah 100°C. | Sekolah Rendah |
| takat beku | freezing point | Suhu ketika sesuatu cecair menjadi pepejal. Contohnya, takat beku air ialah 0°C. | Sekolah Rendah |
| titik pampasan | compensation point | Takat keamatan cahaya apabila jumlah karbon dioksida yang dikeluarkan semasa respirasi sama dengan jumlah karbon dioksida yang digunakan dalam fotosintesis, dan jumlah oksigen yang digunakan semasa respirasi sama dengan jumlah oksigen yang dikeluarkan semasa fotosintesis. | Menengah Atas |
| takat lebur | melting point | Suhu apabila sesuatu bahan dalam keadaan pepejal bertukar menjadi cecair. | Menengah Atas |