Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata root


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
akarrootBahagian tumbuhan yang biasanya terdapat di bawah permukaan tanah untuk menyokong tumbuhan dan menyerap air serta mineral.Menengah Rendah
tekanan akarroot pressureTekanan yang terbentuk di dalam akar sesetengah tumbuhan akibat pengangkutan aktif zat terlarut ke dalam xilem dan pergerakan air dari tanah ke dalam akar rambut melalui osmosis. Tekanan ini menyebabkan air bergerak naik ke atas bahagian tumbuhan.Menengah Atas
jidal akarroot capStruktur yang menutupi dan melindungi hujung akar apabila akar membesar dan tumbuh ke dalam tanah.Menengah Atas
akar tunjangtap rootAkar utama pada tumbuhan yang disertai dengan akar sisi di sekelilingnya. Akar ini tumbuh menegak ke dalam tanah dan berfungsi untuk menegapkan kedudukan pokok. Contohnya, akar pokok bunga raya. Lihat RajahMenengah Rendah
akar sokongprop rootAkar yang tumbuh daripada batang dan juga daripada dahan, yang menjadi sokongan yang kuat kepada pokok itu. Contohnya, akar pokok pandan, tebu dan jagung. Lihat RajahMenengah Rendah
akar serabutfibrous rootAkar yang berambu-rambu atau bercabang kecil dan tidak mempunyai akar tunjang. Contohnya, akar rumput. Lihat RajahMenengah Rendah
akar lilittwining rootAkar yang tumbuh dan menjalar secara berpintal-pintal pada batang atau dahan pokok lain. Akar ini biasanya terdapat pada tumbuhan yang memanjat. Contohnya, akar pokok seri pagi.Menengah Rendah
akar jangkangstilt rootAkar yang keluar mengunjur daripada pangkal pokok untuk menambah luas permukaan dasar sokongan. Contohnya, akar pokok bakau. Lihat RajahMenengah Rendah
akar dakapclasping rootAkar yang melekap pada tumbuhan atau struktur lain sebagai sokongan. Contohnya, akar pokok duit-duit. Akar ini dikenali juga sebagai akar cengkam. Lihat RajahMenengah Rendah
akar banirbuttress rootAkar sokong yang tebal, tumbuh keluar di atas permukaan tanah daripada pangkal pokok. Akar ini berfungsi sebagai penyokong tambahan kepada pokok tersebut. Contohnya, akar pokok langsat. Lihat RajahMenengah Rendah
12

Kembali ke atas