| fizik | physics | Ilmu sains yang mengkaji fenomena alam semula jadi serta sifat-sifat jirim dan tenaga seperti haba, cahaya, bunyi, graviti, kemagnetan dan perkaitan antara semua sifat tersebut. | Menengah Rendah |
| penunu Bunsen | Bunsen burner | Radas yang digunakan dalam makmal sains untuk membekalkan api bagi pemanasan. | Menengah Rendah |
| spesimen | specimen | Tumbuhan, haiwan, bahan galian dan sebagainya yang dijadikan bahan contoh dalam kajian sains. | Menengah Rendah |
| air suling | distilled water | Air tulen yang diperoleh melalui penyulingan yang digunakan dalam uji kaji sains. | Menengah Atas |