| bahan mengakis | corrosive substance | Bahan yang boleh merosakkan benda lain sedikit demi sedikit disebabkan tindak balas kimia. Contohnya, asid. | Menengah Rendah |
| pendopan | doping | Proses menambahkan sedikit atom benda asing tertentu ke dalam semikonduktor tulen untuk menambahkan kekonduksian elektriknya. | Menengah Atas |
| klorin | chlorine | Sejenis gas berwarna hijau kekuningan, larut sedikit dalam air, takat beku -101°C dan takat didih -34°C. Klorin digunakan dalam rawatan air, pembuatan racun perosak, plastik, bahan penyejuk dan bahan peluntur. | Menengah Rendah |
| ketakseimbangan hormon | hormonal imbalance | Keadaan apabila terdapat terlalu sedikit atau terlalu banyak hormon tertentu dalam badan seseorang. | Menengah Atas |
| tumbuhan herba | herbaceous plant | Tumbuhan yang mempunyai kayu yang sangat sedikit atau tiada langsung. | Menengah Rendah |
| spesies terancam | endangered species | Spesies haiwan atau tumbuhan yang bilangannya sangat sedikit sehingga menjejaskan populasi. Contohnya, orang utan dan dugong. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| hematit | haematite | Bijih besi yang terdiri daripada ferum(III) oksida serta sedikit benda asing. Formula kimia Fe2O3. | Menengah Atas |
| minyak mentah | crude oil | Campuran kompleks hidrokarbon yang diekstrak daripada bumi dan mengandungi sedikit sebatian sulfur, nitrogen dan oksigen. Minyak mentah wujud dalam bentuk cecair likat berwarna perang gelap yang mudah terbakar. | Menengah Rendah |
| organisma plankton | planktonic organism | Organisma yang biasanya sangat kecil atau mikroskopik, mempunyai gerak alih yang sedikit dan hanyut terapung di dalam air. | Menengah Atas |
| manometer | manometer | Alat yang digunakan untuk menyukat tekanan gas. Alat ini terdiri daripada salur kaca berbentuk U dan berisi sedikit merkuri. Lihat Rajah | Menengah Atas |