| rangka | skeleton | Struktur yang menyokong badan dan melindungi organ-organ dalaman. Rangka menentukan bentuk badan, memberikan perlindungan kepada tisu lembut dan juga menyediakan permukaan untuk pelekatan otot. | Menengah Rendah |
| rangka hidrostatik | hydrostatic skeleton | Struktur yang terdapat dalam haiwan berbadan lembut yang terdiri daripada rongga berisi bendalir. Contohnya, cacing tanah dan beluncas. | Menengah Rendah |
| rangka paksi | axial skeleton | Rangka yang terdiri daripada tengkorak, turus vertebra dan tulang rusuk. | Menengah Atas |
| rangka hidrostatik | hydrostatic skeleton | Rangka yang terdapat dalam organisma berbadan lembut yang terdiri daripada rongga berisi bendalir. | Menengah Atas |
| rangka apendaj | appendicular skeleton | Rangka pada tubuh manusia yang merangkumi lengkungan, pektoral anggota hadapan, lengkungan pelvis dan anggota belakang. | Menengah Atas |