| bintang | star | Jasad cakerawala yang panas dan bercahaya serta menjana tenaga haba. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
| bintang | star | Objek yang kelihatan bercahaya dan berkerdip di langit pada waktu malam. | Sekolah Rendah |
| bintang raksasa | giant star | Bintang yang mempunyai saiz yang besar berbanding saiz biasa. Contohnya, saiz garis pusat bintang raksasa ialah kira-kira sepuluh kali atau lebih daripada saiz garis pusat matahari yang dianggarkan 1.4 juta km. | Menengah Rendah |
| bintang neutron | neutron star | Bintang yang mempunyai tarikan graviti yang kuat dan tenaga proton yang tinggi, menyebabkan bintang tersebut tidak kelihatan. | Menengah Rendah |
| bintang raksasa merah | red giant star | Bintang raksasa yang mempunyai suhu permukaan antara 2000 - 3000 Kelvin dan diameternya 10 - 100 kali ganda diameter matahari. Bintang raksasa merah adalah dalam fasa kematian bintang. | Menengah Rendah |