| oksida berasid | acidic oxide | Sebatian oksida bukan logam, seperti SO2 atau P2O5, yang menghasilkan larutan berasid apabila bertindak balas dengan air. | Menengah Atas |
| formula molekul | molecular formula | Formula yang menunjukkan bilangan sebenar dan jenis atom yang terdapat di dalam sesuatu molekul. Contohnya, formula molekul benzena ialah C6H6 dan etanol C2H5OH. | Menengah Atas |
| glukosa | glucose | Gula ringkas yang terhasil daripada proses fotosintesis. Glukosa merupakan komponen asas dalam karbohidrat. Formulanya, C6H12O6 . | Menengah Atas |
| molekul dwiatom | diatomic molecule | Molekul yang terdiri daripada dua atom sahaja. Contohnya, hidrogen (H2), oksigen (O2), klorin (Cl2) dan hidrogen klorida (HCl). | Menengah Atas |
| proses Sentuh | contact process | Proses industri untuk menghasilkan asid sulfurik, H2SO4 secara besar-besaran. | Menengah Atas |
| hidrogen peroksida | hydrogen peroxide | Cecair likat yang tidak berwarna, larut dalam air dan alkohol. Formulanya, H2O2 . | Menengah Atas |
| sebatian tepu | saturated compound | Sebatian organik yang mengandungi ikatan tunggal antara atom-atom karbon. Contohnya, etana, C2H6. | Menengah Atas |
| hematit | haematite | Bijih besi yang terdiri daripada ferum(III) oksida serta sedikit benda asing. Formula kimia Fe2O3. | Menengah Atas |
| propana | propane | Hidrokarbon alkana yang wujud dalam gas asli, tak berwarna pada suhu dan tekanan atmosfera. Formulanya, C3H8 . | Menengah Atas |
| sebatian tak tepu | unsaturated compound | Sebatian organik yang mengandungi ikatan ganda dua dan/atau ikatan ganda tiga karbon-karbon. Contohnya, etena, C2H4. | Menengah Atas |