| gigi taring | canine teeth | Gigi yang berbentuk seperti kon, tajam, mempunyai satu akar, dan terletak di belakang gigi kacip. Gigi taring berfungsi untuk menyiat makanan. | Sekolah Rendah |
| gigi taring | canine tooth | Gigi yang berbentuk kon dan tajam, terletak di belakang gigi kacip. Gigi ini berfungsi untuk menebuk, menggigit dan mengoyak daging atau makanan lain. | Menengah Rendah |
| geraham kecil | premolar | Gigi yang terletak di antara gigi taring dengan gigi geraham besar. | Menengah Rendah |
| karnivor | carnivore | Haiwan yang memakan daging. Haiwan jenis ini mempunyai gigi taring yang tajam dan otot rahang yang kuat untuk menggigit, menyiat dan mengunyah makanan. Contohnya, harimau dan singa. | Menengah Rendah |
| omnivor | omnivore | Haiwan yang memakan tumbuhan dan daging. Haiwan kumpulan ini menggunakan gigi kacip, gigi taring dan gigi molar rata untuk memakan tumbuhan dan haiwan lain. Contohnya, beruang. | Menengah Rendah |
| gigi kekal | permanent teeth | Gigi yang tumbuh menggantikan gigi susu. Biasanya bilangan gigi kekal akan lengkap ketika usia mencecah 21 tahun. Set gigi ini termasuklah gigi kacip, gigi taring, geraham kecil, dan gigi geraham. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| gigi susu | milk teeth | Gigi yang mula tumbuh ketika bayi berusia antara enam hingga sepuluh bulan dan biasanya gigi susu akan tanggal satu persatu mulai umur kanak-kanak enam tahun. Set gigi ini terdiri daripada sebahagian atau semua gigi kacip, gigi taring dan gigi geraham. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |