| kemuluran | ductility | Keupayaan sesuatu bahan, terutamanya logam diregang menjadi halus dan panjang. | Menengah Atas |
| patogen | pathogen | Mikroorganisma yang menyebabkan penyakit, terutamanya mikroorganisma hidup. Contohnya, bakteria atau kulat. | Menengah Atas |
| asteroid | asteroid | Jasad kecil berbatu yang mengelilingi Matahari, terutamanya di antara orbit Marikh dengan Musytari. | Menengah Rendah |
| batu kapur | limestone | Batuan endapan yang terdiri daripada kalsium karbonat, terutamanya dalam bentuk hablur kalsit. Batu kapur digunakan untuk membuat kapur tohor, kapur mati dan juga digunakan dalam industri simen. | Menengah Rendah |
| Matahari | Sun | Bintang yang berbentuk sfera besar yang mengandungi gas-gas terutamanya hidrogen dan helium. Matahari mempunyai garis pusat 1.39 × 106 kilometer dan dikelilingi oleh semua planet dalam sistem suria. Jarak minimum Matahari dari Bumi ialah kira-kira 1.49 × 108 kilometer. | Menengah Rendah |
| klorofil | chlorophyll | Bahan berwarna hijau yang terdapat dalam tumbuh-tumbuhan hijau, terutamanya pada daun. Klorofil menyerap tenaga cahaya untuk digunakan semasa proses fotosintesis. | Menengah Rendah |
| korona | corona | Lingkaran cahaya yang kelihatan di keliling matahari atau bulan, terutamanya ketika kejadian gerhana penuh. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| ketagihan | addiction | Kebergantungan fizikal atau psikologi atau kedua-duanya pada sesuatu bahan terutamanya terhadap alkohol atau dadah. | Menengah Rendah |
| boleh larut | soluble | Sifat bahan pepejal yang boleh meresap dan sebati dengan pelarut, terutamanya air. | Sekolah Rendah |
| bioefluen | bioeffluent | Sisa buangan berbentuk cecair yang terhasil daripada sistem kumbahan atau proses industri, terutamanya sisa yang masuk ke sistem laluan air atau sungai. | Menengah Atas |